Sunday 13 November 2011

pengalaman aku di hospital

aku  bagi burung makan lalu
ade seorang pakcik ni dtg sambil membawa beg

pakcik : nak, pakcik ade jual barang nie.

aku & mak aku :(terpinga2)

pakcik : ala bukannya ape...(pakcik tu bukak la beg die...)

aku : (suspen la jgk)

pakcik : pakcik cume jual kacang je la..

aku : la ingatkn acik jual dadah... hehehe

hahahhax

Pada suatu hari Ahmad dan rakan karibnya, Hassan, pergi memancing kat sungai.Dalam bosan-bosan menunggu ikan, Ahmad berkata,

Ahmad: aku ada satu cerita.
Hassan: cerita ape?
Ahmad: nanti kalau aku bercerita, kau kena ikut perkataan belakangnya, boleh?
Hassan: yela...

Ahmad pun memulakan ceritanya...

Ahmad :satu hari aku pergi memburu.
Hassan : memburu.
Ahmad : aku masuk ke dalam hutan.
Hassan : hutan.
Ahmad : tiba-tiba aku rasa nak terberak.
Hassan : berak.
Ahmad : aku berlari ke semak.
Hassan :semak.
Ahmad : aku pun berak.
Hassan : berak.
Ahmad : satu hari yang lain aku pergi memburu lagi.
Hassan : lagi.
Ahmad : aku pergi ke tempat yang aku berak dulu.
Hassan : dulu.
Ahmad : aku lihat tahi aku sudah tak ada.
Hassan : ada.
Ahmad : aku pun tertanya-tanya.
Hassan : tanya.
Ahmad : siapa makan tahi aku?
Hassan : aku.... 

kesian

Sebuah kereta memecut dengan laju kerana pemandu lewat ke tempat keje.Kebetulan sebuah ambulan berade dalam kecemasan, semua kenderaan memberi laluan dan pemandu kereta tersebut mengambil kesempatan mengekori ambulan tu. Tiba-tiba datang kereta peronda polis dan mengarahkan pemandu tadi berhenti.

polis :Kenape awak memandu dalam kelajuan yang melebihi had?
pemandu:Tolong lah encik ,saudara saye berade dalam ambulan tu, tu yang saye ikut dengan laju.
polis :Awak nak kelentong pun agak-agak le sikit.Saye pun tengah ikut ambulan tu, sebab kat depan sane ade kemalangan.

kakaka

Seorang gadis berjalan di sebuah kawasan dusun. Tiba-tiba dia bertemu sebuah kolam. Lalu dia segera menanggalkan pakaian dan bersedia untuk terjun.

Tiba-tiba pemilik dusun itu muncul dan menjerit dari tempat persembunyiannya, 'Wahai Cik Adik! Tak dibenarkan berenanglah! Cik Adik tidak dibenarkan berenang dalam kolam ni!'

Gadis tersebut tergesa-gesa mengambil pakaiannya. 'Kenapa tak larang saya sejak tadi, sebelum saya menanggalkan pakaian?' soal gadis tersebut.

'Memanglah, kat sini tak dibenarkan berenang, tetapi Cik Adik tak dilarang untuk tanggalkan pakaian,' jawab pemilik dusun dengan selamba.

pantun lagi

ceduk air di dalam perigi,
timbanya bertangkaikan suasa,
jikalau kucing tak bergigi,
alamat tikus berjoget berdansa.


anak dara datuk tinggi,
buat gulai ikan tilan,
Datuk Tua xade gigi,
Bila makan kunyah telan.


berderak2 sangkutan dacing
bagaikan putus diimpit lumpang,
bergerak-gerak kumis kucing,
melihat tikus bawa senapang.


pokok pinang patanya condong,
dipikul ribut berhari2,
kucing berenang tikus berdayung,
ikan di laut berdiam diri.

pantun lawak

gemuruh tabuh bukan kepalang,
diasah lembing berkilat2
gementar tubuh harimau belang,
nampak kambing pandai bersilat.


anak cina menggali cacing
mari diisi dlm tempurung,
penjual sendiri tak kenal dacing
alamat jualan habis diborong.


biduk buluh bermuat tulang
anak siam pulang berbaris,
duduk mengeluh panglima helang,
melihat ayam bercengkang keris.


buah jering dari jawa,
naik sigai ke atas atap,
ikan kering lagi ketawa,
dengar tupai baca kitab!!!!!

pantun lawak

Lebuhraya kota bersegi,
tempat dating dara teruna,
hodohnya ketawa org tak b'gigi,
Ibarat kota tiada kubunya.


padi huma di bukit tinggi,
tiba musim ia dibajak,
melihat sang bangau sakit gigi,
gelak terbahak penghulu katak.


bapa gergasi menebar jala,
pegang tali melintuk-liuk
masakan pengerusitak garu kpala,
melihat ahli semua mengantuk.


buah salak di rumah tok imam,
sirih sekapur dibawa berjala,
anjing menyalak harimau demam,
kucing di dapur pning kepala!!